Cari Blog Ini

Khamis, 25 Disember 2014

Musim Hujan

Assalammualaikum semua, semoga kalian ceria-ceria selalu.
Maaflah...terlalu lama aku tak update blog ni.
Alasan aku masih sama...
Tiada line dikala cuaca sekarang ni tak menentu.
"Musim Hujan"
begitulah.....
Huhuhu....
Ketika aku menulis ni hujan masih lagi berterusan...walaupun renyai-renyai.
masih hujan

Tam Teh

Dalam cuaca begini membuatkan aku dan Tam Teh rasa mengantuk...

 dan akhirnya...dak ni yang dulu memejamkan matanya...
hahaha...aduih hai....
Lama aku tak mengarang....
Banyak juga cerita menarik rakan diblog ni...yang lama aku tak baca...
Maaf..maaf...
slow...dah line aku....
Ok geng happy selalu....

Khamis, 4 Disember 2014

Cerita di tengah pagi

Assalammualaikum semua,
Wow, di tengah pagi...
1.19 pagi tika aku menaip nih sambil melayan cerita
'Dil Hai Tumhara'
Adus, terang-benderang pulak mata aku nih.
huhuhu...
dna 
Best si Hitam aku nih tidur..
hehe
Selamat Pagi!
hahaha...

Jumaat, 28 November 2014

Rabu, 19 November 2014

Bagaikan Si burung hantu

Assalammualaikum geng!
Apo koba?
hehehe...rindu den nak update!
Minggu ni aku rasa bagaikan burung hantu...
Huhuhu...apa taknya..lagi 2 hari je lagi aku terpaksa sudahkan semua kerja-kerja yang ada.
Wah, stress aku rasa...
Tapi minggu ni berganda sedikit rasanya.
Masing-masing dok pulun sudahkan kerja.
Aku perhatikan aje...perlakuan mereka...
hehe....
Aku paling suka menyakat kakak-kakak yang lebih tua daripada aku.
Hehe...dalam gurau ada nasihat...tu yang penting.
Kadang-kadang kita tak nampak apa yang orang nampak...
secara tak langsung orang tu boleh tegur & nasihat kita...
ermmm..boleh paham ke tak tu...kih...kih...
Letih, mengantuk semua ada.
Aku rasa dah 3 minggu balik lewat dan tidur lambat.
Oh, tidak....mata ku!
Adess...dah bebayang di bawah mata.
Dalam minggu ni jugak..dalam stress buat kerja tu, ada je perkara yang mencuit hati.
hehe...akulah...lain orang dok tanya lain pulak jawapan aku....kah...kah...blur...
Tak sabar nak cuti panjang.
Malam tadi, aku rasa sejuk semacam. Kaki yang pernah seliuh dulu mula sakit kembali.
Aku urut & sapu minyak. Hmmm...
Itu cerita semalam..
Aku tengok je blog ni dalam-dalam...apa yang aku nak ubah lagi?
Apa yang aku nak tambah lagi?
Apa yang menarik?
urmm dah ler jarang berupdate!
Ades...
Eh,lain masa aku cerita lagi...ada jugak laporan yang kena buat tu tak siap....walaweih!!!


Khamis, 16 Oktober 2014

Kini....

Assalammualaikum.......

Kini tiada lagi senyumannya,
Kini tiada lagi tawa riangnya,
Kini tiada lagi kedengaran nasihat dan tegurannya buat mak dan kami adik-beradik...
Kini tiada lagi doanya dititipkan buat kami...
Kini tiada lagi alunan merdu suara mengajinya di bilik itu
Semuanya hanya tinggal kenangan.

Kini segala nasihat dan teguran arwah abah akan kami ingat sentiasa.
Kini emaklah adalah segala-galanya.
Akan kami jaga emak sebaik mungkin.
semoga ukhwah kami antara adik beradik terjalin dengan utuhnya
Tiada apa lagi yang boleh dihargai selain yang ada sekarang

Akan kami simpan kenangan kami bersama arwah
kenangan bersama arwah abah amat berharga buat kami

Sepanjang 18 hari kami menjaganya di wad 11- ICU/CCU.. meninggalkan seribu kenangan buat kami
Tika takbir Raya Aidiladha bergema
 itu menandakan inilah pengorbanan kami yang sebenar raya kali ini

Kami redha atas ketentuan Ilahi
Allah adalah sebaik-baik perancang untuk segalanya
18 hari itu merupakan tempoh yang Allah beri kepada kami untuk redha atas ketentuan daripada-NYA
Setiap daripada kita pasti akan menemui Pencipta-NYA
Yang hidup pasti akan ada pengakhirannya

Ya Allah tabahkanlah hati kami..
Ya Allah jadikan kami orang yang sabar dalam menempuh dugaan Mu
Ya Allah pada Mu tempat kami bergantung


Pada tanggal 7 Oktober 2014, abah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Semoga abah tenang di sana dan ditempatkan orang-orang beriman...
Amin...
Al-fatihah
‪#‎legasiabahtetapkamiteruskan‬

Khamis, 18 September 2014

Di suatu ruang

dna
Di suatu ruang itu...
Aku duduk sambil memerhati...berfikir dan mentafsir
segala maklumat yang ada...
untuk ku gubah menjadi satu adunan yang mantap dan jitu.
....aku bingung....
....aku hilang idea....
....aku jadi serba tak kena....
....aku terpaksa merombak segala yang ku kerjakan....
walaweihhhh......
dan aku masih tidak berbuat apa2 untuk itu....
hmmmmm....

Selasa, 16 September 2014

Tapak kaki

Assalammualaikum semua, 
Bertemu lagi..
Kali ni aku merajin diri lagi...
hehehe...update tika line internet ku laju ibarat roket...
kih...kih...
belek punya belek gambar yang ada dalam lappy ni..
Aku suka plak tengok tapak kaki hitam ni...
cececomel....ihiks...
dna
hehe...cutekan...
tapi kan...aku rasa macam pernah update plak pasal gambor ni...
mungkin diblog aku lagi satu ....rasanya...
hehehe
 

Ahad, 7 September 2014

Panoramaku

Assalammualaikum semua,
Moga kalian semua sihat hendaknya...
Lama x update blog aku yang satu ni...
Rindu rasanya nak membebel di sini....
Sepanjang hari-hariku...ada saja panorama yang indah.
Bahagia rasa hati melihatnya...
Indah sungguh ciptaan Allah...
Aku kongsikan rasa itu di sini...
;)
Moga kalian juga begitu....
selepas hujan....

buzzz....

segar bugar...
Indahkan ^-^

Jumaat, 15 Ogos 2014

Foto Raya

Assalammualaikum semua,
Sihat ke?
hehe....amacam dengan mood raya anda?
Owah...da syawal yang ke 19 kan?
:)

Ahad, 13 Julai 2014

Kucing ku

Assalammualaikum semua,
Bertemu lagi....heeeee.
Kali ni aku hanya nak share gambar yang aku ambil je.
meh la tengok heee.
mengantuk ye mummy hehe....

budak ni memang kuat tido....hehe...

Comelkan aksi-aksi manja kucingku....haha...

Ahad, 29 Jun 2014

Ucapanku

 
heee...
Mohon ampun dan maaf seandainya
sepanjang aku berblogging di sini ada yang tersentuh bicara,
tercuit dihati atau apa saja..
maafkan lah ye kawan-kawan...
Aku hanyalah manusia biasa...
0 - 0
ok
heeee

Sabtu, 14 Jun 2014

Perut Oh Perut!

Assalammualaikum semua,
Sihatkah kalian semua?
Ke mana aje korang hari nih?
Korang buat apa aje hari nih?

Rabu, 11 Jun 2014

Dua Mata

dna
Dua Mata yang Terselamat
Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda :
"Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka : Mata yang menangis kerana takutkan Allah,
dan Mata yang berjaga malam mengawal 'jalan Allah'."
(Riwayat al-Tirmizi)

Khamis, 5 Jun 2014

Orkid itu

Assalammualaikum semua, sihat?
Agak lama aku tinggalkan blog yang nih...
Kadang-kadang idea tu banyak, tapi aku pulak yang malas nak menaip.
kadang-kadang tu memang aku tak ado idea langsung.
Kadang-kadang tu pulak memang x sempat nak menjenguk.
alasan!
je tu kan...huhuhuhu...
maaflah geng!
hehehehe.....


Jumaat, 30 Mei 2014

Hariku


hehe...jengah-jengah di halaman rumah hari ni...
ternampak pulak bunga yang mak tanam ni berkembang mekar...

Selasa, 27 Mei 2014

Destinasi

Assalammualaikum,
Sihat?
Ok lettew...hehe...
Ni cerita dua tiga hari nan lalu...
Aku rasa teragak sangat nak pergi tempat ni.
Walaupun aku tahu hari dah lewat petang.
"Jom kita gi"
"JOm" kata adik ku.
Dan seperti yang dijangka...aku sememangnya lewat....
=.='



Namun, dengan kebenaran pakcik tu...aku dapatla snap  gambar.



 
Ye...itu lah Teratak Zaaba..
 


Ahad, 25 Mei 2014

Oh labu

dna
Segar bugar kan bunga labu tu....
Harap-harap dapat ler makan buah labunya...

Khamis, 22 Mei 2014

Tukar

Assalammualaikum semua,
sihat?
Ok ler tu.
Apa yang tukar?
Heeee...tukar template....
rasa jemu pulak asyik guna yang sama....
kikiki....
Ok lah 
Jom solat

Rabu, 21 Mei 2014

Ku abadikan

Assalammualaikum semua,
heeyy yo....
Lama rasanya aku tak menaip sebarang entri di sini.
Heeee...terjangkit dengan kemalasan yang berpanjangan...
fuuuuhh...

Khamis, 15 Mei 2014

Hai!

HAI!!
dna 
hehe...saja singgah sini..
rindu ngan blog aku yang nih....
Nanti lah ye aku update...
;)

Sabtu, 3 Mei 2014

Insan biasa

Assalammualaikum,
Lama rasanya , tak singgah sini.
Sihat?
:)
Aku cuma nak share kata-kata yang menarik ni je...


Sabtu, 19 April 2014

Ada yang menarik

Assalammualaikum semua,
Sedang buat apa tu?
Ada aktiviti menarik ke?
heee....

Ahad, 13 April 2014

Sabtu, 12 April 2014

Bertukar

Assalammualaikum,
Adakah kalian semua sihat?
Ke mana destinasi anda pada hari ini?
Adakah semua menarik?

Selasa, 1 April 2014

Pelbagai rasa

Assalammualaikum semua, sihat hendaknya ye. Sekadar cerita biasa sahaja hari nih. Rasa letih, lesu dan tidak bermaya je hari nih. Entah kenapa aku rasa terlalu penat hari nih. Rasa hendak ke Pekan itu aku tinggalkan begitu aje.

Ahad, 23 Mac 2014

Jumaat, 21 Mac 2014

Riang-riang

Assalammualaikum semua,
Sihat hendaknya ye
hari ni macam bermood nak mengupdate blog sendiri.
Tak ada yang Wow sangat pun..
sekadar penceritaan biasa aje...heee

Isnin, 17 Mac 2014

blur...

Assalammualaikum semua....
Sihat kah kalian semua?
Semoga kalian semua sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmatNya.

Rabu, 5 Mac 2014

Ceritaku

Assalammualaikum semua,
Sihat?
Agak lama mendiamkan diri di dalam blog ni kan.
Tanpa cerita, tanpa menaip baris-baris cerita.
wow....

Ahad, 2 Mac 2014

Hari dengan senyuman

dna 
assalammualaikum semua,
Lama x update blog yang ni kan.
Hmmm...rasa terbiar pulak...
Nantilah setting semula....
Wuhuuu....
Hari yang penuh dengan senyuman...
Ce senyum ;)

Rabu, 19 Februari 2014

Memohon Keampunan

Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
"Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: 'Maha suci Engkau, wahai Allah, dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau' ; melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)