Cari Blog Ini

Selasa, 1 April 2014

Pelbagai rasa

Assalammualaikum semua, sihat hendaknya ye. Sekadar cerita biasa sahaja hari nih. Rasa letih, lesu dan tidak bermaya je hari nih. Entah kenapa aku rasa terlalu penat hari nih. Rasa hendak ke Pekan itu aku tinggalkan begitu aje.
Diruangan minda dan mata seolah-olah ada perkataan yang terlintas.
Penat...penat....dan penat!! 
Itu yang berputaran.
Selepas selesai solat Zohor dan makan tengah hari,
tempat yang ku terjah tak lain x bukan...
ruang tamu...remote ku capai...
tapi....akhirnya, aku yang lena dibuai mimpi....
hahahaha...
Bukan aku yang menonton televisyen tapi mungkin televisyen tu yang menonton aku membuta....heeeee...
Hari ni juga aku dalam keadaan pelbagai rasa.
Menyampah, sakit hati, geram, sabar...semua aku simpul rapi.
Bengang aku rasa apabila orang berjanji tapi tak tepati....
Tak apalah....
Puas aku pujuk diri sendiri...
cool Na....cool Na....
Diam seribu bahasa, adalah pilihan ku.
Sekali lagi perkataan itu muncul.
Tak apalah....

Kadang-kadang perkara yang kita hendakkan,
tak semestinya dapat dicapai mengikut kehendak kita...

Tak mengapalah...mungkin itu adalah dugaan buat diri ku.
Dari situ aku belajar erti kesabaran, berdikari....

Ya Allah jadikanlah hamba mu ini orang yang sabar...

T_T

2 ulasan:

Izza Sakura berkata...

wah ingtkn rasa masakan je,rupanya perasaan pun ad rsa jgbkn

Mizz Pena berkata...

hahaha....:P