Cari Blog Ini

Sabtu, 20 Jun 2015

Puasa Oh puasa!

Assalammualaikum semua,
semoga kalian ceria selalu hendaknya.
Apa aje aktiviti korang hari ni?
Aku pada mulanya tadi nak buat benda lain...tapi benda lain pulak aku buat.
hahahah....
Aku diseru oleh blog sendiri...hehe...

Urmm...macam mana dengan permulaan puasa korang?
Tentu ada cerita yang menarikkan?
Heee...aku? ada, tu yang menjengah ke sini.

Ceritanya begini...
Along aku balik kampung.Jadinya, anak buah aku tu ada.geli hati aku tengok ragam diorang bersahur.
Boleh pulak dengan mata yang tak berapa nak jaga tu duduk dan tidur.
Berapa kali abang ipar aku tu tegur diorang suruh basuh muka. Dah basuh muka pun gitu jugak....menyuap sambil mata terpejam.
hahaha....aku tak tahan tengok aksinya.
"Wei, bukak matalah....kang ado jugak yang tertolan cawan & pinggan tu"
hahahha...menyengih je dia...
Wani...wani... syasya pun  sama gak.
Si adiknya pulak lain cerita, asyik tanya jam pukul berapa.
Yelah, budak tu baru 5 tahun....tentulah tanyakan....
Motif utama al susu....hehe....
Macam-macam along aku pujuk dia....
Dan akhirnya berjaya jugak dia puasa hari pertama.
Hari kedua juga dia berjaya...tapi hari ni diorang dalam perjalanan balik ke Johor.
Berjaya tak agaknya dia puasa hari ni?
hehehe....
Dan mak aku pula, akan bertanya soalan yang sama.
"Nak masak apo hari nih?"
Adesss...hahaha....
Aku pulak?
Aku rasa terpandang-pandang arwah abah.
Sayu je hati dari puasa pertama sampai hari ni.
Masa menaip ni pun aku terasa sedih gak.
Tahun lepas sempat beraya bersama....cuma raya Aidiladha, raya ketiga arwah telah pulang kembali kepadaNya. 7.10. 2014.
Bukan aku sorang je yang rindu, Mak, adik-beradik aku, anak-anak buah pun sama.
Mak cakap pada aku, malam pertama terawih di surau. Dia kata tiba-tiba je air mata mengalir. Dia terkenangkan  arwah imamkan solat terawih. Jiran aku pulak kata.
" Lain rasa bila arwah dah tak da..."
Mak aku kata...tak pe imam yang lain ada....sama je.
Aku tahu mesti mak rasa sedih.
Apabila aku pandang bilik di rumah lama ni. Aku sentiasa teringat dia mengaji & solat di situ.
Semalam Wani, cakap kat aku.
" Mak ngah, kalau atok abah ada...mesti dia beli macam-macam untuk Wani kan?"
Aku diam je.....tak mampu nak jawab...
Al-Fatihah untuk arwah abah....

K lah uolls......
Selamat menjalani ibadah puasa & selamat berbuka....


Tiada ulasan: