Cari Blog Ini

Isnin, 25 November 2013

Hello @ Hai

Assalammualaikum semua,
Semoga sihat sejahtera larh ye...
Hari Isnin 25 Nov 2013,
Cuaca yang cerah,
Langit membiru
dan
jari-jemari ku melangkah ke medan keyboard dengan bergaya.
Cewah...
Maka di hari yang berbahagia ini,
Daku coretkan kembali perjalanan hidupku.
hehehe....
Apa yang sudah berlaku?
Mengapa penuh bermadah berhelah?
WahambOi.....
hehehe...
Hello!
Hai!
Itu istilah salam perkenalan?
Ceritanya bermula di mana daku bersama seorang rakanku makan di sebuah restoran.
Pada ketika itu waktu tengah hari,
"Hai...ermm boleh kami duduk sini?"
Rakan ku itu terus memandang sekitar restoran itu.
"Aik...nape pulak mamat ni nak duduk semeja lak nih..." hatiku berkata.
"Ermm...boleh" kata rakanku lagi.
Aku hanya memandang.
Aku berbisik lagi di dalam hati.
"Hmm..patut larh ramai orang...x de tempat duduk larh tu!"
Pada permulaannya, kami memang sedang rancak berbual.
Namun perbualan itu menjadi terbantut di sebabkan jejaka-jejaka tampan itu 
duduk bersama-sama dengan kami.
Rakan ku memberi signal...
dan aku memahami signal itu...
Kami berlalu pergi...dan membayar harga makanan itu.
Belum pun sempat pintu kereta di buka.
"Hello...ni handset awak kan?".
Kami memandang....
"Eh...handset aku tu...macam mano buleh tinggal"
"Orang kayo memang cam tu" kata rakanku
Jejaka-jejaka itu tersenyum.
"terima kasih ye" ucapku.
Walaupun handset ku itu tidak secanggih mana.
Aku tetap menyayanginya....
hehehe..
Sepanjang perjalanan pulang kami ketawa dan bergosip tentang hal itu.
"Na patut la handset ko dia pulang balik"
"Nape pulak?"
"Handset ko x canggih....."
"eh...eh...siot jer"
dan kami pun ketawa.
Mujur ada insan yang baik hati
Mujur x hilang...heeee.
Cuak la jugak aku...:P  

TQ...insan budiman... 

Tiada ulasan: