Amboi...ke main tajuk entri den....
muahahah....
meh lah baca sesuatu yang berjaya menarik perhatian den hari nih ^^
tadi dah share di blog ni ^^
ni kira full entri tentang
Sejarah Solat 5 Waktu
Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Berikut diterangkan asal-usul bagaimana solat mula dikerjakan.
Subuh
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu bersujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT
Rakaat keempat : Tanda bersyur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat
kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan
iaitu :
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan.
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun
Maghrib
Manusia pertama yang mengerjaka solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :
Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.
-sumber : Diari Islam 2010-
Menarikkan sejarah tentang sembahyang 5 waktu ni...
tu...jelah den nak kongsi....
memang bagus Diari Islam ni....
hehehe ...sambil-sambil tulis nota hati tu sambil kita baca kandungan dalam diari tu...
dan den ketika ini sedang tersengih memanjang baca ayat-ayat romantik dan kisah lama yg den tulis dalam diari ni ekekeke
maklum la nota hati 2010....huhuhuhuh
2 ulasan:
nil baca terima ksh share
hehe..ok ^^
Catat Ulasan