Ahad, 28 Ogos 2016

Manggis

Assalammualaikum semua,
Apo koba?
lamo den tak menjengah blog ni...
hehe....

Musim buah-buahan sekarang ni kan.
kalau di rumah aku ni bagaikan berperang dengan kera dan beruk..
Apa taknya, buah tu masih muda..elok dipetiknya.
Kadang-kadang tu siap bercakap..
"eh, jangan la buat camtu....da masak nanti makan la..."
kikiki...paham ke diorang..
:p
Petai pun berbuah jugak.
Harap2 yang tu pun jangan la di petik...

Ok berbalik cerita buah manggis.

dna

 Nama glamour buah manggis yang lain ialah Garcinia mangostana L
 Buah manggis juga dikenali sebagai buah ratu.
Kalau durian kita sebut sebagai raja buah.
Kira pasangan dia ler tu...heee...

Apa khasiatnya?
Hasil carian aku sebentar tadi, antara khasiatnya adalah :-
  • kaya dengan antioksidan
  • baik untuk tekanan darah tinggi
  • mengurangkan kolestrol
Uniknya buah ni kan terletak pada isinya dan kulitnya.
Kenapa aku cakap cenggitu?
heee...korang pun tahu kan...heee..
meh sini tengok gambar berikutnya,
 
dna

 cuba perhatikan pada bahagian bawah kulit manggis.
berapa kelopak yang korang lihat.
5 kan?
Apabila kita buka...kandungan isinya sama dengan jumlah kelopak pada kulit tu..
kih...kih.....kih...
lama aku tak menaip...

Maaf la kalau tersalah info ke apa ke...
Korang carilah ye kalau nak maklumat lengkap tentang buah manggis ni.
Aku tulis ringkas2 je...
Ratu M masih lagi menguasai diri...hohoho....
ok lah bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...