Khamis, 16 Oktober 2014

Kini....

Assalammualaikum.......

Kini tiada lagi senyumannya,
Kini tiada lagi tawa riangnya,
Kini tiada lagi kedengaran nasihat dan tegurannya buat mak dan kami adik-beradik...
Kini tiada lagi doanya dititipkan buat kami...
Kini tiada lagi alunan merdu suara mengajinya di bilik itu
Semuanya hanya tinggal kenangan.

Kini segala nasihat dan teguran arwah abah akan kami ingat sentiasa.
Kini emaklah adalah segala-galanya.
Akan kami jaga emak sebaik mungkin.
semoga ukhwah kami antara adik beradik terjalin dengan utuhnya
Tiada apa lagi yang boleh dihargai selain yang ada sekarang

Akan kami simpan kenangan kami bersama arwah
kenangan bersama arwah abah amat berharga buat kami

Sepanjang 18 hari kami menjaganya di wad 11- ICU/CCU.. meninggalkan seribu kenangan buat kami
Tika takbir Raya Aidiladha bergema
 itu menandakan inilah pengorbanan kami yang sebenar raya kali ini

Kami redha atas ketentuan Ilahi
Allah adalah sebaik-baik perancang untuk segalanya
18 hari itu merupakan tempoh yang Allah beri kepada kami untuk redha atas ketentuan daripada-NYA
Setiap daripada kita pasti akan menemui Pencipta-NYA
Yang hidup pasti akan ada pengakhirannya

Ya Allah tabahkanlah hati kami..
Ya Allah jadikan kami orang yang sabar dalam menempuh dugaan Mu
Ya Allah pada Mu tempat kami bergantung


Pada tanggal 7 Oktober 2014, abah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Semoga abah tenang di sana dan ditempatkan orang-orang beriman...
Amin...
Al-fatihah
‪#‎legasiabahtetapkamiteruskan‬

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...